Travel

Travel ke Perth, Australia – Redeem Tiket dengan Enrich Malaysia Airlines

Travel ke Perth, Australia ni dah rancang 1 tahun yang lepas.. 2017 lagi..

Last aku travel masa wife aku baru abis pantang anak yang sulung.. Tu pun unplan. Lepas 2 bulan pantang, masuk bulan ke-3 tiba-tiba aku tengok flight p bandung murah.

Apa lagi terus beli la…

 

Tapi untuk ke Perth ni tak boleh buat macam tu.. Mahei chor..

 

Untuk beli tiket aku redeem point credit kad. Jimat banyak wei.. Naik Malaysia Airlines lak tu. Macam aku memang heavy guna kad kredit sebab untuk bisnes. So memang banyak la point.

Kalau nak point kad kredit guna kad MASTERCARD. Yang ni bila kita swap akan dapat point. Kalau guna VISA akan convert ke CASH..

 

REGISTER ENRICH MALAYSIA AIRLINES

Aku guna kad Public Bank. Rugi banyak. Kalau dapat kad kredit CIMB Enrich lagi JIMAT.

1st sekali korang kena register ENRICH.. Free je..

 

Klik Register.. Lepas tu isi semua maklumat

 

 

Bila dah berjaya register, korang akan dapat Enrich ID. Lepas tu nanti akan dapat kad Enrich ID.. Kad aku kat mana tah..huhu

 

Nanti dapat kad macam ni..

Aku dulu bila register dapat 1,000 Enrich Miles Free.

 

CONVERT POINT CREDIT CARD KE ENRICH

Aku guna kad kredit Public Bank.

So point yang aku dapat RM1 sama dengan 1 point. Kalau swap kad kredit RM100 dapat 100 point. Tapi bila nak convert ke Enrich memang banyak.

1 point Enrich = 7 point kredit kad

Sebab tu guna kad kredit Public aku rugi.. Kalau nak compare dengan kad kredit CIMB Enrich lagi jimat giler

RM1 = 1 point kad kredit = 1 point Enrich

 

Banyak lagi kegunaan point kredit kad ni.

Sebelum ni aku convert point kredit kad kepada baucer aeon. Pastu aku beli la baju anak-anak. Anak no 2 dan 3 semua pakai baucer aeon.. Jimat banyak wei…

 

Nak convert point kredit kad public kepada Enrich kena isi borang. Ni borang die..

 

 

 

 

 

1,000 Enrich point korang kena korbankan 7,000 point kredit kad public bank

 

 

ni kalau korang ada kad kredit cimb

1,000 Enrich = 1,000 point kredit kad.. lagi jimat..

 

Dalam masa 1 minggu bank akan masukkan point dalam enrich korang.. Boleh tengok dalam akaun enrich ye.. Lepas tu boleh search la.. Contoh macam ni

 

 

Kalau point miles korang cukup boleh terus guna.. Kalau tak cukup pilih Miles+Cash.

Korang kena ingat.. Tiket free. Tapi cukai airport kena bayar.. Tapi memang jimat la.. Macam aku nak p Perth ni..

 

Total tiket dan caj RM7,038.00

Tapi lepas tolak Enrich point

Tinggal RM1,825.00

JIMAT kan?

 

Pastu aku tambah untuk infant ambil BASSINET..

Hanya RM248.00 sahaja..

Total semua lebih kurang RM2,078.00 sahaja… Banyak jimatkan..

 

BASSINET TU APA?

Bassinet tu bakul untuk letak infant. So tak de la penat nak dukung je..Macam ni

Sumber google

 

 

Ok cukup..Nanti aku sambung lagi…

Debornya nak p Perth, Australia.. Dah lama tak travel oversea..

Facebook Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.

error: Content is protected !!