Travel

Perth,Australia Trip – Day 01 – Travel Day


Disebabkan flight Ahad 9/12/2018 pukul 9:30 pagi, so kena tido dekat kuala lumpur.. Makanya Sabtu kitorang dah gerak.. Awal-awal pagi lagi dah gerak. Saing-saing sekali dengan geng icerd..huhu

Nasib la jalan tak jem mana pun.. Banyak kereta tu standard la. Cuti sekolah.

 

 

Masa naik kereta anak sulung aku ingatkan..

“Abi lupa baca doa kereta ke?”

“ok2 Aammar baca”

 

Alhamdulillah die baca dengan lancar. Thanks Teacer tadika die Aulad Haraki, Kamunting. Jalan semua ok..Sampai KL kitorang pun p tukar duit dulu.

Hari tu tukar duit dekat Penang. Queensbay.. Rate dalam RM3.045 untuk AUD 1.00

Bila tengok dekat Taiping mahal jugak la.. Rate dalam RM3.06. Survey dekat Shah Alam p survey dekat Aeon Shah Alam dalam RM3.045 jugak. Pastu p survey dekat Summit (sebab ramai cakap situ murah). Tengok-tengok dalam RM3.05.. Ceh.. Tukar je la.. Malas dah nak patah balik..

Pastu malam terus p dekat Salak Tinggi.

Plan nak parking dekat Stesen ERL Salak Tinggi. Naik ketapi p KLIA. Sebab situ parking RM5.00/day. Boleh lagi la nak parking situ compare dekat parking KLIA.

Lagipun 1 stesen je..

 

 

Lepas survey port parking kereta kitorang pun p cari hotel.
Dekat situ ada tempat baru. Kota Warisan. Banyak hotel dekat situ. Harga hotel pun ok je. Tak de la mahal sangat. Rate RM100 keatas
So semua tido awal.
Pukul 4:30 pagi semua dah bangun. Mandi.. Budak-budak ni mandi kambing je la.. Asal syarat je.. haha.
Flight pukul 9:30 pagi. So 3 jam sebelum dah ada dekat airport tuk check in hotel. So kitorang pun naik erl je

 

 

Sampai stesen ERL Salak Tinggi terus beli tiket.. Murah je dari Salak Tinggi ke KLIA tiket dewasa RM4.90 dan kanak-kanak RM2.20 Lepas tu saje try guna kiosk. Rupanya ada DISKAUN lagi 10%. Jadi la.
Sampai airport dalam 10 je kot..Lupa lak..Pastu nak check in beg.Tengok dah azan suboh. Solat la dulu.. Lepas solat terus check in beg.
Kitorang bawak 2 beg dan 3 stroller. Ni stroller baby.

 

 

Korang nak tahu ke stroller ni masuk dalam luggage atau tak perlu masuk luggage???
Nak tahu baca sampai habis..hehe

 

Ni lak stroller tuk anak 2 orang ni.. Kena bawak sebab nanti nak jalan jaoh. Budak bukan larat pun..Tak kan nak dukung je.. Jenuh la..

Check in beg dan amik tiket.
Tung..tung..tung..tang..check passport dan beg semua bagai sampai dekat depan pintu gate flight pukul 8:30 pagi. 3 jam awal boleh relax-relax lagi..

 

 

 

Sambil tunggu tiba-tiba ada pengumuman..
Flight delay 30 min..fuhh nasib kejap.. Kalau lama sampai 2 jam boleh claim insuran..Tak caya dekat insuran Etiqa ni.. Kalau nak ambil insuran travel boleh wasap saya. KLIK LINK ni.

Tengok no 3 yang aku bulat tu..

 

 

Ok korang nak tahu kan stroller macam mana? Letak sekali dalam luggage atau tak?

Ni ha.. Stroller tu korang bawak je sampai pintu flight. Nanti ada staf dorang tag stroller dulu sebelum masuk..
Dorang akan bagi tac macam ni.. Tulis no seat korang.

 

Ok dah masuk flight..

Tengok la banyak giler flight tengah beratur nak take off. Nampaknya sebelum flight terbang sorang dah tido…

 

 

Ni la bassinet.Tuk letak infant korang dalam tu.. Tak de la dukung je..Tapi budak ni tak nak tido pulak..

 


Nanti masa dalam perjalanan flight crew akan bg passanger card. Macam ni..

Dalam tu korang kena tulis betul-betul.Jawab soalan tu jangan main-main.. Terutamanya no 1,6 dan 7.
Dorang sangat straight. Kalau korang tak confident tick yes. Nanti bila dorang Tanya bagitau apa yang korang bawak.
Contoh macam no 1.
Kalau korang klik YES. Maksudnya ubat tu tuk korang je kea tau orang lain..kalau tuk korang je nanti dorang lepaskan je..

No 6 dan 7 kalau korang bawak raw material.. Tu memang kalau boleh jangan bawak..

Okla enjoy atas flight. Tengok cite..Fligt tak gegar sngt.. Pastu smpi time makan… Ada 2 pilihan. Nak nasi lemak atau telor..
Aku melantak nasi lemak la.. lapar wei..

 

Nasi lemak aku makan.. Telur sayur pun aku tibai..

 

Pastu rupanya dapat aiskrim.
Sedap jugak..huhu.. Budak-budak ni memang syok la..

 

Makan aiskrim sambil tengok cite kartun

Akhirnya tido jugak budak ni dalam bassinet.. Boleh relax2 sikit.. Pastu sebelum turun dorang bagi gift kat budak-budak ni.. Buku dan alat tulis.. Jadi la..

Alhamdulillah flight selamat sampai…

 


Mula-mula masuk kastam dulu.. Masa ni tak de apa pun.. Lepas tu ambil beg.. Nanti stroller pun ambil kat sini..
Lepas tu baru check barang. Bagi passenger card tu. Dorang akan Tanya semua. Pastu last skali masuk dekat part anjing hidu.
Korang akan beratur dengan beg tengah-tengah. Dan anjing akan hidu sekeliling. Jangan risau anjing tu tak jelir lidah pun.. Hidu je..
Budak-budak ni siap tutup mata lagi..haha… Make sure anak korang jangan jerit sudah masa anjing tu hidu.. Tak de apa pun..

Kitorang setel.. Tak de apa pun..
Pastu ambil teksi terus p hotel. Nak cepat sebab nak solat dekat sana..Budak-budak kena duduk pakai seat belt. Tak boleh nak duduk atas hangpa ye..

 

Kitorang ambil teksi yang boleh duduk 5 orang. Di dalam teksi.
Teksi ni macam teksi London.. Nanti la ambil gambar.. Tak sempat lagi.. Sampai hotel.. Solat dan keluar balik.
Nak cari makan malam..

Kat perth dah survey bila sampai makan kebab. Kedai halal..Ni gambar otw nak ke kedai tu..


Aku survey dorang tampai sijil halal dari Australia.. So tak risau la.. Kebanyakkan kat perth ni makanan halal makan kedai turki.
Kebab, burgur, kentang, pizza…Layan gambar lagi..


 

Kalau malas nak cari korang boleh order guna Uber Eats. Download app dan order je..Bayar guna kad..
Kat sini tak panggil air mineral tau.
Dorang panggil pure water..Jangan tersilap ambil sparkling water. Ni bergas tau..

 

Ni la antara duit dorang.
Aku dah tukar bagi kecik.. Syiling pun ada jugak 1 dolar, 2 dollar, 40,20,5 sen.

Okla.. Nak tido..
Sambung esok day 2..

Facebook Comments
error: Content is protected !!