Travel

Perth, Australia Trip – Day 03 – Homestay, Mindarie, Coles


Harini hari ke-3 dekat Perth. So kena bungkus beg sebab nak check out hotel dan masuk homesta lak. Aku perasan waktu check out tak sama dengan Malaysia. Biasa kita Check out 12:00 tengah hari.

Tapi hotel ni check out pukul 10:00 pagi

 

So kena alert la ye.. Nanti tak pasai kena bayar extra.

Masa check in bayar guna kad debit je.. Deposit guna cash. Kalau nak guna kad debit, masa kat Malaysia korang call bank dulu. Cakap nak aktif transaction oversea. Kalau tak buat macam tu nanti sampai sana memang tak boleh guna.

Orang sini memang banyak guna paywave je..

 

Dalam pukul 8:00 family wife aku sampai amk kitorang kat hotel. Ikut plan nak terus jalan. Tapi ada orang yang “Jet Lag”. Yela dorang naik flight malam. Pastu tak boleh tido. Sampai Perth pening la.

So tukar plan. P homestay dulu. Homestay dengan bandar dalam 40 minit perjalanan

Jarak dalam 34km je.

Tapi Freeway die bawak 100km/j je. So memang lambat sikit la. Orang sini memang bawak kereta ikut halaju. Biarla kereta Ford Mastang, drive tetap 100 km/j.

Sampai homestay agak excited sikit. Yela 1st time dok oversea..haha

 

OCEAN KEYS COTTAGE

 

Ni la rumahnya.. Sepah dah. Tak sempat nak ambil gambar dulu..huhu..

Rumah ni ada 4 bilik. Memang cukup untuk tido 4 dewasa. Best la rumah ni. Complete semua. Dapur boleh masak. So cawan pinggan kitorang samak dulu. Guna sabun Taharah. Tak de la wasa-was.

Pas masuk rumah kitorang biar mak mertuan dan makcik aku rehat dulu. Biar dorang tido dulu. Cian pening. So kami tak kan nak dok rumah. P la dekat situ ada Mandarie.

 

Mandarie

Tempat ni macam Marina bay. Ada tempat bot-bot parking.

Sape yang ada bot kecik boleh angkut guna kereta je.. Kalau rumah kawasan pantai memang banyak bot depan rumah.

Ni tengah nak masuk bot kat belakang kereta.

Dorang ni boat macam beli kereta kot. Banyak giler..

Lepas amik angin kat sini kitorang p “COLES”. Pasaranya macam aeon, tesco.

Nak cari bawang, buah semua kat sini la.. Mana ada pasar..huhu

 

COLES

Setiap 1 perumahan ada pasaraya. Memang jalan kaki je la..

“Ocean Kyes” tu nama tempat.

Kitorang punya plan bila keluar pagi akan bawak bekal makan nasi.

So tak perlu nak p beli dah.. Jimat MASA dan DUIT..haha.. Senang la. Nak cari kedai halal dekat Bandar Perth je ada.. Luar dari bandar makan “Kebab” je la.. Tu je makanan yang HALAL.

 

Balik dari COLES tak de buat apa pun. Pas asar aku boring. So bawak la anak 2 orang ni pusing-pusing taman ni. Tengok rumah dorang..

 

 

Pastu aku nampak ada budak-budak main “skate”.

Dorang ni main skate dari kecik lagi. Memang tu mainan biasa dorang. Lagipun tempat main skate tu banyak giler. 1 taman mesti ada 1.

Pastu ada 1 mat salleh ni datang kat aku.

Nama die Jack. Masa baru kahwin die kata pernah p Sabah.

Berbekalkan result muet band 2 dan kenyakinan yang tinggi aku “speaking” je la.. Paham or tak lantak.haha.. Confident kena ada.. haha

Pastu sebelum balik die bagi 1 kertas.

 

Die ajak p church. Aku cakap la aku tak pernah p sebab aku muslim.  Die cerita jesus banyak ubah hidup die. Dulu die p club, minum arab. Pastu jesus ubah hidup die..

Aku pun cakap “Ooo…”

So die duduk dekat church. Kalau nak datang di persilakan..

 

Pastu aku pun nak balik. Otw balik dalam hati aku cakap

“Dorang berusaha ajak p church.. Kita tak de pun nak ajak p Masjid”

 

 

So ni je la aktiviti hari ke-3. Sok plan nak p Caversham.. Apa tu? Tunggu….

Facebook Comments
error: Content is protected !!