Travel

Perth, Australia – Day 04 – Caversham Wildlife Park


Harini dah hari ke-04 kat Perth, Australia. So jadual harini p tengok Kangaroo dekat Caversham Wildlife Park.

 

Jarak dari homestay dalam 35 minit je.. Tak de la jaoh sangat.. Kalau korang dok kat bandar Perth pun tak jaoh jugak. Dalam 30++ minit jugak la.

So macam biasa. Aku jadi copilot je.. Tak de rasa nak bawak van lagi. Seat belt kena pakai.

Ambil gambar dulu depan homestay. Tema oren harini…

 

Caversham Wildlife Park

Sampai ikut masa yang ditetapkan.. Kelajuan ikut je papan tanda. 100km/j dekat Freeway. Ni pintu masuk park tu.. Apa lagi gambar kena win..

 

Pintu masuk kecik je.. Ni fees untuk masuk.

 

 

Dekat pintu masuk tu ada untuk masa show. Korang kena tau sebab untuk show potong bulu kambing, Molly’s Farm semua tu ada masa die.

Macam kangaroo tu tak de masa die..

 

Ni map taman die.. Masa show die lupa lak nak ambil gambar. So kitorang pun terus ke kanggaro dulu.

 

Ada banyak binatang kat sini.. Bukan kanggaro je. So tak rugi ke sini.

 

Korang boleh suap kanggaro makan jugak.. Ada sediakan 1 tong makanan kat situ..

So amik je bagi makan..

 

WOMBAT / ULAR / KOALA DAN ARTIS….

Lepas tengok kanggaro p tengok wombat lak..

Aaisyah memang takut giler dengan binatang… Aammar relax je.. Aanis paling win bertentang mata dengan koala..haha..

Oh lupa lak.. Masa p tu dorang perasan Alfira.. Aku tak prasan pun.. Patut la dorang nak bergambar..

 

Aaisyah pelik.. Dorang ambil gambar dengan sape?

 

SWAN VALLEY

Pastu abis dekat Caversham Wildlife Park kitorang pusing-pusing dekat Swan Valley.. Ada tempat buat cokelat kat situ.

 

Ni la tempat cokelat tu.. Tapi tak beli pun.. Risau jugak tak tau halal or tak..haha..

Bila dah rasa subhah baik tak yah beli..

Pastu p solat kat Masjid.. Tak silap area Swan Valley jugak. Masjid ni rasanya macam baru je..

 

Kitorang solat zohor dan asar kat sini..

Mula ingat nak solat dekat taman je.. Lepas google jumpa masjid dekat je dengan Caversham.. So terus p sini. Bila travel tak boleh nak “espek” solat mesti kat masjid je..

Kadang-kadang solat je kat mana-mana asalkan bersih.. Yang penting bersih..

 

So ni aktiviti kitorang untuk hari ke-04. Memang pulun main kanggaro.. So tunggu esok hari ke-05 lak ye..

Facebook Comments
error: Content is protected !!