Nak Buat Iklan Kena Ada Objektif Dulu

Anda reti bawak kereta tak?

Tak pun bawak moto.. Sebelum naik moto mesti anda akan dah ada halatuju dalam kepala..

Aku naik kenderaan ni nak p kedai beli kicap kat kedai Abu

Anda pun start moto terus pergi kedai Abu. Beli kicap pastu balik terus. Tak beli benda lain pun. ( Ni laki la… kalau pompuan p kedai kicap tak beli tapi beli benda lain..hahaha)

Kalau tak de kicap kat kedai Abu anda akan p kedai Ali cari kicap.

Betul tak situasi ni?

Betul kan.. So anda dah ada objektif. P kedai beli kicap.

So nampak tak bila ada objektif kita akan capai objektif tersebut. Kalau tak capai kita akan cari alternatif lain.

Sama jugak kalau anda buat iklan. Nak pulak iklan berbayar dekat fb ads atau insta ads atau google ads.

So kena ada objektif.

APA OBJEKTIF IKLAN YANG SESUAI?

objektif iklan tuk kampen pemasaran bergantung pada anda. Antara yang saya buat adalah

  • Buat iklan nak kumpul email list
  • Buat iklan nak no fon
  • Buat iklan nak naikkan trafik web

Dari situ kita akan tengok result

  • Berapa jumlah email yang terkumpul
  • Berapa no fon yang dapat
  • Berapa trafik pembaca web sehari

So bila dah ada data ni baru boleh tahu iklan yang kita buat tu berkesan atau pun tak.

Kalau anda tak buat macam ni tengok la CONFIRM kempen pemasaran anda akan ke laut.

APA LEPAS OBJEKTIF IKLAN?

Perkara ke-2 yang anda kena pantau adalah ROI. Return of Investiment. Positif ROI, Negatif ROI atau Break Even.

Bisnes ni ada turun naik. So kena pantau la.

Tapi

Kalau asyik tukar-tukar modul bisnes je macam mana nak pantau. Cuba spend dalam 6 bulan untuk sesuatu projek.

Lepas 6 bulan baru boleh decide nak stop projek, proced atau scale up projek tersebut

PS Anda nak belajar tentang RETARGETING? KLIK SINI

Facebook Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Releated

Fuhh Sales 1,000++ USD sehari beb

Zaman sekarang ni kalau keje tak semestinya gaji ringgit malaysia je. Tapi anda pun boleh buat gaji dalam US DOLAR. Dengar macam hype tapi memang ada je orang buat. Buat dari rumah lak tu. Tu la kuasa internet. Dulu masa sekolah menengah tak paham sangat istilah dunia hujung jari. So sekarang faham dan nampak flow […]

error: Content is protected !!