Travel

3 Tips Penting Sebelum ke Perth Australia

Australia memang sangat besar. Kalau Perth dekat sebelah Western Australia. Sydney pula dekat sebelah New South Wales Australia. Kalau naik kereta dari Perth ke Sydney memang penat giler la..

Naik kereta dalam 41 jam. Sehari bawak 12 jam dalam 4 hari.. Tapi kena ingat sana bawak kereta bukan boleh laju-laju. Halaju 110km/j je. Pastu angin lintang pun kuat.

Nampak tak betapa besarnya Australia ni.. Sebelum pergi memang kena buat persediaan. Jangan main redah je. Rugi la. Tambah lagi kalau travel anda waktu singkat.

 

#1 – VISA

Ni paling penting

Kalau ambil sambil lewa silap-silap anda memang kena tinggal kat KLIA. Banyak kes jadi

Ambil visa awal-awal. Sebab takut permohonana visa anda kena tolak. Sebab kalau lelaki umur 20-40 tahun agak susah nak approve visa dengan sekali permohonan

Macam saya pun 3 kali mintak baru lepas. Masa nak check in beg nanti pihak airways akan check visa. Kalau approve anda boleh p. Kalau tak de visa balik rumah je la.

Saya tulis detail tentang visa dekat SINI

 

#2 – TENTATIF PERJALANAN

Sebelum pergi rancang dulu. Sebab ada tempat yang perlu drive jaoh. Ada yang boleh pusing-pusing dalam bandar je.

Jika tempat jaoh keluar awal.

Sebab dekat sana kena elak drive waktu malam. Bahaya sebab takut kangaroo melintas. Lagipun sepanjang jalan tak de lampu jalan.

Macam p Pinnacle. Memang nampak kanggaroo mati tepi jalan.

 

#3 – BEG

Nak bawa makanan tak salah.

TAPI jangan bawa makanan mentah seperti ayam, ikan atau sayur. Sebab kerajaan Australia memang sangat ketat jika bawa barang mentah.

Pastu bila isi pas nak masuk tu jangan TIPU je.

Tak pasti tanda je (YES). Nanti dorang tanya anda jawab je . Saya ada tulis post mengenai pas masuk Australia. Boleh KLIK SINI

 

 

Facebook Comments
error: Content is protected !!